SUBANG JAYA, 8 NOV: Pembentangan Belanjawan Negeri 2025 diharap dapat memberi tumpuan terhadap pembangunan institusi kekeluargaan, menurut EXCO pembangunan masyarakat.
SUBANG JAYA, 8 NOV: Pentadbiran berhasrat meneliti pembangunan koperasi wanita di negeri ini, selaras dengan Dasar dan Pelan Tindakan Wanita Selangor 2024-2026.
SHAH ALAM, 7 NOV: Wakil rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Templer memanfaat dana Projek Selangor Penyayang (PSP) bagi membaik pulih surau.
SHAH ALAM, 7 NOV: Kerajaan Negeri memperkenalkan geran khas kepada pengusaha taska yang tidak berdaftar bagi galakan kepada pemilik buat pendaftaran di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
SHAH ALAM, 30 OKT: Draf Dasar Ekonomi Penjagaan Selangor akan dibentang sebagai satu usul dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) yang dijadual bermula 15 November ini.
SHAH ALAM, 29 KT: Seramai 424 kanak-kanak GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) yang sedang mengikuti program pemulihan di bawah pasukan khas kerajaan negeri, akan dinilai dari semasa ke semasa bagi menentukan perkembangan terkini keadaan mereka.
SHAH ALAM, 17 OKT: Kanak-kanak yang diselamatkan daripada rumah amal milik GISB Holdings (GISBH) negeri ini telah melalui pemulihan kerohanian awal oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).
SHAH ALAM, 8 OKT: Selangor menubuhkan pasukan khas bagi meneliti program pemulihan khusus untuk kanak-kanak yang dijumpai di rumah amal GISB Holdings (GISBH) di negeri itu, baru-baru ini.
SHAH ALAM, 19 SEPT: Pemantauan ketat dan berkala perlu dilakukan agensi berkaitan untuk memastikan kebajikan dan keselamatan penghuni di rumah perlindungan terjaga.
GOMBAK, 16 SEPT: Sambutan Maulidur Rasul dan Hari Malaysia anjuran Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Templer berlangsung meriah dengan kehadiran pelbagai lapisan masyarakat.
GOMBAK, 16 SEPT: Kerajaan Negeri menjalin kerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi melindungi kanak-kanak daripada menjadi mangsa eksploitasi dengan menjual makanan.
SHAH ALAM, 12 SEPT: Syarat pendaftaran taman asuhan kanak-kanak (taska) akan diseragam dan diselaras bagi memudahkan kelulusan bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
SHAH ALAM, 3 SEPT: Draf pertama Dasar Ekonomi Penjagaan Selangor dijadual dibentang kumpulan penyelidik pada 11 September ini, kata EXCO kebajikan masyarakat.
SHAH ALAM, 2 SEPT: Selangor sedang mengatur kerjasama dengan institusi pendidikan Australia, Technical and Further Education (TAFE) Victoria untuk kursus pensijilan mikro bagi pendidikan awal kanak-kanak.
SHAH ALAM, 29 OGOS: Pendaftaran Sidang Wanita Selangor (SIWANIS) bagi mengasah dan mencungkil bakat kepimpinan wanita terutama di peringkat pembuat keputusan dibuka bermula mulai 2 hingga 22 September ini.
SHAH ALAM, 29 OGOS: Selangor komited meneruskan program memberdaya golongan Orang Kurang Upaya (OKU) bagi meningkatkan kemahiran golongan itu sekali gus mampu berdikari dan memperolehi pendapatan sendiri.
SHAH ALAM, 27 OGOS: Semua pusat pemindahan sementara (PPS) seluruh Selangor diteliti semula bagi memastikan semua kemudahan berada dalam keadaan baik dan selesa.
SHAH ALAM, 26 OGOS: Selangor mempertimbang untuk menambah kursus pengajian bagi memperkasa golongan kurang upaya (OKU) menerusi program Pusat Kehidupan Berdikari (ILSC).
SHAH ALAM, 23 OGOS: Seramai 4,417 ibu bekerja menerima insentif MamaKerja berjumlah RM1,000 bagi meringankan kos penjagaan anak setakat Ogos ini, kata EXCO pembangunan keluarga.
SHAH ALAM, 30 JULAI: Kerajaan Negeri memperkenal beberapa skim bantuan sebagai usaha meningkatkan kadar kesuburan (TFR) memandangkan negara merekodkan trend penurunan sejak 2010.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.